Wednesday, October 8, 2014

Daftar Haji guna duit dari akaun KWSP

Salam Rabu..

Org lain dah lama daftar gi Haji, aku baru sibuk2 nak mendaftarkan diri.. HiHi..
Nak tunggu dlm acc tabung haji aku ada RM1300 nampaknya mcm lambat.
So aku daftar Haji menggunakan akaun 1 KWSP

Syarat2 Kelayakan:
a. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
b. Belum mencapai umur 55 tahun
c. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji


Korg g jer print penyata terkini kat kiosk KWSP tu. Pastu gi jer Tabung Haji / Bank Islam / Bank Rakyat..Tunjuk penyata terkini KWSP, Kasi IC kat dorg then siap!! Kalau x bawak no acc pon xpe sbb dorg blh trace. Tapi bagi yg xde lagi acc tabung haji, kena la bukak acc dulu..



Tahun peruntukan Haji : 1498 H/ 2075 H



APa??? 2075?? Bahahaha.. Gelak jer la bila aku tgk tahun ni.. 
Time tu umur aku 89 thun kot.. HeHe
Doa2 la dpt gi awal.. Siap sedia jer la kumpul duit dlm acc Tabung Haji kot2 la ada rezeki gi ngan swasta..


No comments:

Post a Comment